Mengenai Kami
Zhao Xi TCM ditubuhkan pada tahun 2013 oleh sekumpulan doktor yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang Perubatan Tradisional Cina (TCM atau Traditional Chinese Medicine) dari beberapa Universiti Perubatan Cina di negara China. Ini diikuti dengan penubuhan Xi Women’s Health Clinic pada bulan Ogos 2015 yang bertujuan untuk memfokus dalam pelbagai aspek kesihatan wanita. Kami menawarkan kepakaran dalam bidang ginekologi untuk membantu wanita dari semua peringkat umur. Matlamat kami adalah untuk menggunakan kaedah Perubatan Tradisional Cina bagi menangani pelbagai masalah yang berkaitan dan pada masa yang sama, kami sentiasa berusaha memastikan agar keselesaan, maruah dan privasi pesakit sentiasa terpelihara. Antara masalah-masalah kesihatan yang sering dirawat di pusat kami ialah dismenorea (sakit semasa haid), kitaran haid yang tidak tetap, masalah kemandulan, penjagaan wanita selepas bersalin dan menopaus.
Xi Group terdiri daripada:
- Xi Fertility TCM Centre
- Xi Women’s Health TCM Centre
- Xi Slim & Beauty TCM Centre
- Xing Lin TCM Centre
Setiap komponen syarikat kami mengkhusus dalam bidangnya yang tersendiri bagi membolehkan kami, sebagai sebuah Kumpulan, menyediakan pelbagai jenis rawatan untuk lelaki dan wanita dari semua peringkat umur. Pilihan rawatan yang kami tawarkan termasuklah herba tradisional, akupunktur dan moxibustion.
Selain menumpukan pada usaha-usaha untuk terus mengembangkan program dan perkhidmatan kami, Xi Group juga berhasrat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai terapi TCM dan kegunaannya. Kami yakin bahawa matlamat ini boleh dicapai dengan memanfaatkan kepakaran Kumpulan dalam bidang-bidang yang berbeza agar penggunaan dan kaedah terapi TCM kami dapat diperluaskan.