Gangguan Haid
Remaja perempuan biasanya mula datang haid pertama ketika mereka berusia 14-18 tahun. Ketika haid, wanita perlu mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
- Kekerapan kitaran haid
- Tempoh keluar darah haid
- Isipadu darah haid
- Warna, tekstur, bau darah haid
Panjang kitaran haid yang normal adalah sekitar 28-30 hari manakala tempoh datang haid yang normal seharusnya mengambil masa 3-7 hari.
Gangguan Haid merupakan suatu keadaan yang tidak normal dalam kitaran haid seseorang wanita. Secara umumnya, haid yang tidak teratur dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon. Kelewatan haid mungkin menandakan bahawa ovulasi tidak berlaku dengan lapisan endometrium yang lebih tebal. Haid yang datang lewat juga biasanya melibatkan pendarahan yang lebih banyak disebabkan lapisan yang lebih tebal ini. Darah haid yang keluar sedikit sahaja atau pendarahan pada bila-bila masa selain dari waktu haid mungkin berpunca daripada kekurangan hormon yang tidak mencukupi untuk mengawal lapisan endometrium.
Berikut adalah beberapa punca berlakunya gangguan haid:
- Tekanan
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Senaman yang keterlaluan
- Menopaus
- Peningkatan atau Pengurangan berat badan
- Jangkitan pelvis
- Polip dalam rahim
- Ketidaknormalan rahim
- Gangguan fungsi rahim
TCM dan Gangguan Haid
Dalam amalan TCM, haid melibatkan komponen-komponen berikut: Qi, Darah, Buah pinggang, Fungsi Limpa dan Hati, meridian Ren dan Chong dan Rahim. Apabila semua komponen ini dapat berfungsi dengan baik, kitaran haid akan menjadi lebih teratur.
Dalam amalan TCM, isipadu, warna dan tekstur darah haid adalah penting. Isipadu darah haid yang normal biasanya 50 – 80ml, manakala darah haid yang biasa seharusnya berwarna merah gelap tanpa ketulan darah dan tanpa sebarang bau.
Rawatan TCM
Pengamal TCM tidak akan melakukan pemeriksaan dalaman faraj dalam apa jua keadaan.
Kaedah utama yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat diagnostik adalah dengan menanyakan soalan-soalan klinikal, merasa nadi radial pada pergelangan tangan dan membuat pemeriksaan lidah. Soalan-soalan perubatan Cina mempunyai tujuannya yang tersendiri dan dapat membantu menentukan panjang kitaran haid, tempoh keluar darah haid, kualiti, kuantiti dan warna darah haid.
Simptom-simptom lain yang penting secara klinikal ialah aliran darah haid yang banyak atau sedikit, kewujudan darah beku, pengumpulan cecair dalam badan, haid yang menyakitkan atau haid yang didahului dengan ketegangan payudara, tekanan atau sakit kepala.
Setelah mendapat rawatan TCM, wanita mungkin akan menyedari simptom-simptom yang dahulunya mereka anggap sebagai sebahagian daripada kitaran haid yang “normal”. Tanggapan ini membuatkan mereka tidak peduli atau tidak menyedari bahawa rawatan yang berkesan sebenarnya tersedia untuk mereka.
Ramai wanita berasa terkejut apabila merasai sendiri betapa cepatnya simptom-simptom gangguan haid mampu diatasi apabila mereka menggunakan rawatan yang betul.