XI GROUP  |  Xi Fertility & Women’s Health TCM Center

Rawatan Prenatal & Postnatal

Rawatan Prenatal TCM

Untuk kesan optimum, rawatan akupunktur prenatal (sebelum bersalin) seharusnya dimulakan pada minggu 36 atau 37 kehamilan dan diteruskan sehingga bayi dilahirkan. Rawatan ini bertujuan untuk membantu mempersiapkan badan ibu dan juga bayi supaya proses kelahiran berjalan dengan cekap dan lancar.

Rawatan ini memfokus pada pematangan serviks, mengekalkan posisi bayi yang paling optimum untuk kelahiran serta meningkatkan tenaga dan stamina yang diperlukan untuk proses kelahiran, selain menggalakkan aliran tenaga dan darah ke seluruh rahim dan badan.

Rawatan Postnatal TCM

Ibu-ibu yang baru melahirkan anak biasanya akan berehat (berpantang) selama 30-40 hari. Bagi kebanyakan penduduk Barat, mereka mungkin tidak bersetuju dengan larangan keluar rumah dan larangan mencuci badan atau rambut ketika berpantang. Namun, terdapat beberapa perkara penting yang boleh dimanfaatkan daripada adat tradisional ini seperti pemakanan, herba dan akupunktur ketika ibu-ibu melalui fasa postnatal.

Setiap rawatan disesuaikan mengikut individu bagi memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar diperlukan oleh setiap pesakit pada masa itu. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk membantu pesakit mempersiapkan mental mereka bagi menghadapi proses bersalin tidak lama lagi. Wanita yang menerima rawatan akupunktur sebelum kelahiran juga menunjukkan kadar intervensi perubatan yang rendah, termasuk induksi perubatan dan pembedahan Caesarean. Akupunktur sebelum bersalin juga mempersiapkan badan untuk proses pemulihan selepas melahirkan anak.

Rawatan akupunktur/Ubat Herba Cina Selepas Bersalin disarankan bagi mencegah:

  • Uri melekat
  • Pendarahan berlebihan
  • Kesukaran memberi susu badan
  • Pitam atau pening
  • Berpeluh dengan banyak
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Sakit belakang dan sakit badan
  • Kemurungan